Friday, August 16, 2013

the last song

assalamualaikum~


pernah tgk cerita THE LAST SONG tak?
seyes, cerita wajib tgk..bagi saya laa..hehe
okey, meh nk bg sinopsis pasal cite tu sikit ep..




miley ni seorg ank yg bermasalah sejak mak n ayahnya bercerai..
miley n adik lelakinya dihantar ke rumah ayahnya utk habiskan cuti panas bersama ayahnya..
dia sgt berbakat bermain piano, n ditawarkan ke universiti utk smbung pengajian piano,
tp dia xnk..sbb sejak mak ayah dia bercerai dia xpernah sentuh piano.
dan sejak tu jgk, dia mcm xsuka kt ayah dia.dia layan ayah dia mcm org asing je.


sepanjang cuti panas tu, dia jumpa ngn sorg laki tu.then dia jatuh cinta.
laki tu pn sama..adat bercinta la kn, ada pasang surut.
dan sebab lelaki tu la dia mula sentuh piano balik.dan jugak sbb laki tu dia berbaik semula dgn ayah dia.
then 1 hari tu, ayah dia jatuh sakit, masa tu la dia baru tau ayah dia mengidap kanser.
dia kecewa sgt sbb ayah dia sembunyikan hal tu sebelum ni.
since dia layan ayah dia sambil lewa sblm tu,
dia bertekad nk jaga ayah dia baik2 sblm dia terlambat.


akhirnya ayah dia meninggal disebabkan kanser.
dia siapkan lagu yg ayah dia xsempat siapkan, n mainkan di pengkebumian ayah dia.
sedih n best gler lagu tu.
dia xmenyesal da sbb dia dah bagi yg terbaik utk ayah dia sblm ayah dia pergi.
THE END.


saya suka cite ni sbb cerita ayah dia sama mcm cerita abah saya.huhu.
kt sijil kematian abah saya tertulis penyebab kematian:
ADVANCED CARCINOMA OF TONGUE :(
HARGAILAH MEREKA SELAGI MEREKA ADA..PLEASE.



KTM DUKE 200

assalamualaikum hai hai hai ^_^


hari ni saya nk story pasal KTM DUKE 200. hiks~
apa dia KTM DUKE 200 ni? sebenarnya saya pn xtau..haha
member tempat praktikal saya "acai" yg tunjukkan saya benda alah ni..
it is a motorcycle..let's zoom~





haaa tu la KTM DUKE 200.. cantek x? cantek kn?
lg cantek klau kita tgk ada penunggang skali..seyes >.< haha..emm nk cita pasal someone sebenarnyaa.. saya skrg tgh praktikal kt CHARTERED ACCOUNTANT firm, nama pendek firm tu AFTAAS. hari2 g keje ngan moto kapcai je.. tiap2 pagi sy hidupkan moto pukul 8 sblm bertolak pegi ofis.. ada la 1 moto ni, KTM DUKE 200, tp sblm ni saya xtau tu moto apa, slalu la terserempak ngan tuan moto tu pagi2 sblm g keje.. tp sblm ni mcm xperasan sgt muka dia, hari ni baru perasan sbb moto dia sebelah moto sy..hiks~ >.< pegi keje sama2 hari ni..masuk federal highway sama2.. saya potong dia mula2 then dia potong sy balik..huuu harini baru nampak dekat2 dia tunggang moto tu..hensem gler seyyhhh~ melting kejap hiks~ >.< tiap kali ada moto besar potong, mesti saya mcm "wow!!! >.< " hahaa..xd apa pn, saje je..boring time naik moto hari2, so saya slalu la bercakap sorg2 dlm hati.. puji, kutuk pn ada jgk..hahaha.. *cerita ini hanya untuk mengisi masa lapang..no offense hokey" okebai..salam~ :)

Thursday, August 15, 2013

saat saat terakhir kami bersama abah :'(

waiting for abah to be brought home~

since masa tu xd lgsg lelaki kt umah,
saya ma n aishah la yg uruskan hal2 rumah..
bertambah2 sedih sbb xtau nk bergantung kt sape..
sbb kami semua perempuan, rase helpless sgt2..:(
tp nk wat cne, we had to go through that situation.

pukul 9.30 jenazah sampai dgn ambulance.
kt rumah pn da ramai yg dtg.
masa tu sy msj kwn2 rapat sy ijosh, nuyu, & yun bgtau pasal tu.
nk cerita pnjg ngn dorg tp xsempat sgt.

sblm jenazah dimandikan, ashrafi sempat sampai since dia yg paling dekat.
ashrafi yg mandikan abah..uruskan abah.
sebelum abah dikafankn, kami dipanggil utk beri salam terakhir kpd abah.
sorg2 pegi dekat abah n cium abah..
tiba2 je suasana jd sebak, pilu.
saya masih bertahan.
saya cium pipi abah..dahi..sejuk.
akhirnya xdapat bertahan, menitis jua air mata ni.
tapi saya berusaha agar air mata xterkena abah.
saya berbisik dalam hati,
"abah, tunggu ore kt sana ep, nt kita jumpa lagi..tunggu ore..ore sayang abah..sayang sgt..:'( "

abg saya yg 2nd tiba, dr johor.
sempat jgk dia lihat abah sblm dikafankan.
saya nampak mata dia merah, lagi sekali saya tersedu.
sedihnya YA ALLAH :'(

jenazah selamat dikafankan, akhirnya..
sgt mudah hal pengurusan jenazah abah, sgt2 mudah. ALHAMDULILLAH.
saya turut pergi mengiring jenazah abah ke kubur.
berpisahlah kami setelah abah dikuburkan.
moga abah tenang di sana. amiin. :'(



perginya hero kesayangan saya :'(

lepas dapat tau abah dah di stage 4,
kami buat keputusan utk pulang ke rumah kami, jeli.
tu pun tunggu aishah abis exam dulu.

teringat lagi, masa tgh berkemas nk balik tu,
abah mintak air nescafe kegemaran dia.
dah terlalu lama abah xmerasa minuman n makanan biasa,
just minum susu je hari2, melalui saluran pernafasan since bahagian mulut abah dah bengkak.
kami bagi jgk abah rasa minuman tu..buat kali terakhir.

singgah kampung abah kt ipoh otw nk balik jeli.
abah dah xmampu nk bgn sendiri.
ashrafi n pak cik saya yg papah, mandikan dan siapkan abah.
nenek dan adik beradik abah yg lain semua sebak tgk keadaan abah.
kami anak dia apatah lagi.. :'(
tiap kali dipapah mesti abah menghala ke pintu,
abah ckp nk balik rumah :'(

sampai di jeli, kami baringkan abah atas tilam.
saya bergilir2 dgn aishah tlg amikkan wuduk abah..tiap2 waktu solat.
saya ganti tmpat abah, jd driver kt umah since ashrafi kne balik kulim.
so hanya kami ber4, ma abah saya n aishah.

18 januari 2013
abah menggagahkan diri keluar rumah..
abah duduk je dkt pintu dapur, perhatikan kereta nissan kesayangan dia.
saya temankan abah, sambil lap nanah bercampur darah yg mengalir dr hidung abah. :'(

19 januari 2013
disebabkan abah selalu mengiring, kami alihkan abah berbaring macam biasa.
mlm tu, saya dan aishah amikkan wuduk abah..
lepas amik wuduk, abah perati je kat sy dgn pndgn yg sgt sayu..
sy tegur abah..sambil senyum..
abah xbergerak lgsg lepas kami alihkan kedudukan dia.
ma agak risau. abg sy yg 2nd nasihatkan kami bwk abah masuk wad.


20 januari 2013
saya dan ma pergi ke hospital jeli, laporkan keadaan abah.
ambulance dtg rumah, abah dimasukkan ke wad.
ma teman abah kt hospital.
ptg tu saya dan aishah bwk makanan utk ma.
kami berjaga2 dgn keadaan kaki abah..masih panas..lega~
saya dan aishah tido kt umah, ma teman abah kt hospital.

21 januari 2013
5.30 pagi
saya dapat panggilan dari ma, suara ma tersedu2..
ma suruh saya dtg..
saya start kereta n meluru ke hospital dgn aishah.
sampai hospital, saya pegang kaki abah..sejuk~
selepas smyg subuh, saya bacakan yasin utk abah,
lapkan kepala abah dgn air yasin sambil ajar abah mengucap.
yasin xhenti2 dibacakan oleh kami.
saya ke tandas kejap.

7.50 pagi
then bila sy ke katil abah, aishah menangis cakap abah dah tak ada.
air mata mengalir laju.
saya terduduk sebelah aishah, sambil perhatikan abah..
saya tgk wajah abah, tiba2 rindukan mata abah yg sgt cantik..
xd sorang pn antara kami adk beradik yg mewarisi mata abah.
jururawat dtg, siapkan abah..kami berdua hanya perhatikan..
sambil ma uruskan hal2 yg berkaitan.
ma suruh saya n aishah balik ke rumah, siapkan utk bawa balik jenazah.
saya melangkah lemah, hujan renyai2..
berakhirnya penderitaan abah..saya dah xd abah daa..:'(



abah sakit :'(

01 oktober 2012

dapat mesej dari abah..sempena hari lahir saya..
"selamat hari lahir yg ke 21 semoga dipanjangkan usia dmurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ddunia dan akhirat,
salam ma dan abah"

hari tu jugak saya balik rumah dr machang, n hari tu jugak abah dah start tak leh bawak kereta..
sakit abah semakin teruk..asyik terbaring je atas tilam..
n masa ni jugak la abah dah mula tak boleh makan..

beberapa lama lepas tu abah dimasukkan ke hospital,
sakit abah makin teruk, bertambah tambah teruk..
teringat pulak mse pergi melawat abah kt husm..
terlalu sebak rasa hati, tp xsanggup nak nangis depan abah..
so saya mintak izin nga ma nk pegi toilet,
laju menitis air mata ni kt toilet..
dlm hati doa "YA ALLAH, panjangkanlah umur abah kesayanganku" :'(

masa raya haji abah dibenarkan pulang ke rumah.
sempat la kami beraya bersama abah, buat kali terakhir.
tp bukan semua adik beradik yg balik masa raya tu,
hanya ada saya, adik saya 2 orang dan abang saya ashrafi sorg.

ni last kami bergambar bersama abah :')



then kami pulang ke bachok, sbb keadaan abah agak teruk.
abah diminta masuk balik ke husm, sbb keadaannya yg agak merisaukan.
masa tu aishah teman abah n ma kt husm.
saya kt kampung bachok since xdibenarkan menunggu beramai2 kt situ.
mlm tu abah sesak nafas, terpaksa buat pembedahan tebuk leher untuk ruang pernafasan abah on the spot.
aishah mesej kt saya suruh wat smyg hajat, moga semuanya berjalan lancar.
lama saya berdoa untuk abah mlm tu..
alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

selama abah berada di husm, kereta nissan sentra abah saya yg bwk..
tiap kali hjg mggu drive kereta abah pegi husm, melawat abah.
keadaan abah berlarutan sampai la saya abis exam.
abah menjalani rawatan radioterapi sepanjang berada kt husm.
lepas tamat rawatan, abah dibenarkan keluar dr wad husm.
tp tiada kata putus drpd doktor pakar yg merawat abah.

ma bertekad nk bawak abah pegi berubat kt KL.
masa tu saya tengah final exam.
ma n abg saya, ashrafi bawak abah pegi shah alam, klinik swasta yg agak terkenal dgn rawatan kanser.

lepas saya abis exam, saya terus bertolak ke shah alam since abah n ma berada di sana.
sampai2 sana dapat berita, kanser abah dah stage 4. sebak xterkata. no words can describe it. :'(




hai semua ^_^

assalamualaikum~ hai hai hai ^_^ dah berhabuk dah my blog ni haa..
maafla ep, xsempat nk update dgn study, mslh internet lg..hehe
maap ye wahai blog tersayang~ >.< okey selama hampir setahun (maybe) sy tinggalkan blog ni, mcm2 da yg berlaku,.. yg pahit, yg sedih, yg kecewa, yg happy..mcm2 laa.. okey nt kita start satu2 eh? :) okay, move to next post please~ >.< tata, salam.