lepas dapat tau abah dah di stage 4,
kami buat keputusan utk pulang ke rumah kami, jeli.
tu pun tunggu aishah abis exam dulu.
teringat lagi, masa tgh berkemas nk balik tu,
abah mintak air nescafe kegemaran dia.
dah terlalu lama abah xmerasa minuman n makanan biasa,
just minum susu je hari2, melalui saluran pernafasan since bahagian mulut abah dah bengkak.
kami bagi jgk abah rasa minuman tu..buat kali terakhir.
singgah kampung abah kt ipoh otw nk balik jeli.
abah dah xmampu nk bgn sendiri.
ashrafi n pak cik saya yg papah, mandikan dan siapkan abah.
nenek dan adik beradik abah yg lain semua sebak tgk keadaan abah.
kami anak dia apatah lagi.. :'(
tiap kali dipapah mesti abah menghala ke pintu,
abah ckp nk balik rumah :'(
sampai di jeli, kami baringkan abah atas tilam.
saya bergilir2 dgn aishah tlg amikkan wuduk abah..tiap2 waktu solat.
saya ganti tmpat abah, jd driver kt umah since ashrafi kne balik kulim.
so hanya kami ber4, ma abah saya n aishah.
18 januari 2013
abah menggagahkan diri keluar rumah..
abah duduk je dkt pintu dapur, perhatikan kereta nissan kesayangan dia.
saya temankan abah, sambil lap nanah bercampur darah yg mengalir dr hidung abah. :'(
19 januari 2013
disebabkan abah selalu mengiring, kami alihkan abah berbaring macam biasa.
mlm tu, saya dan aishah amikkan wuduk abah..
lepas amik wuduk, abah perati je kat sy dgn pndgn yg sgt sayu..
sy tegur abah..sambil senyum..
abah xbergerak lgsg lepas kami alihkan kedudukan dia.
ma agak risau. abg sy yg 2nd nasihatkan kami bwk abah masuk wad.
20 januari 2013
saya dan ma pergi ke hospital jeli, laporkan keadaan abah.
ambulance dtg rumah, abah dimasukkan ke wad.
ma teman abah kt hospital.
ptg tu saya dan aishah bwk makanan utk ma.
kami berjaga2 dgn keadaan kaki abah..masih panas..lega~
saya dan aishah tido kt umah, ma teman abah kt hospital.
21 januari 2013
5.30 pagi
saya dapat panggilan dari ma, suara ma tersedu2..
ma suruh saya dtg..
saya start kereta n meluru ke hospital dgn aishah.
sampai hospital, saya pegang kaki abah..sejuk~
selepas smyg subuh, saya bacakan yasin utk abah,
lapkan kepala abah dgn air yasin sambil ajar abah mengucap.
yasin xhenti2 dibacakan oleh kami.
saya ke tandas kejap.
7.50 pagi
then bila sy ke katil abah, aishah menangis cakap abah dah tak ada.
air mata mengalir laju.
saya terduduk sebelah aishah, sambil perhatikan abah..
saya tgk wajah abah, tiba2 rindukan mata abah yg sgt cantik..
xd sorang pn antara kami adk beradik yg mewarisi mata abah.
jururawat dtg, siapkan abah..kami berdua hanya perhatikan..
sambil ma uruskan hal2 yg berkaitan.
ma suruh saya n aishah balik ke rumah, siapkan utk bawa balik jenazah.
saya melangkah lemah, hujan renyai2..
berakhirnya penderitaan abah..saya dah xd abah daa..:'(
2 comments:
sabar erk mc kin poorahhh...
huhuuu~ tq josh :'(
Post a Comment