Thursday, August 15, 2013

abah sakit :'(

01 oktober 2012

dapat mesej dari abah..sempena hari lahir saya..
"selamat hari lahir yg ke 21 semoga dipanjangkan usia dmurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ddunia dan akhirat,
salam ma dan abah"

hari tu jugak saya balik rumah dr machang, n hari tu jugak abah dah start tak leh bawak kereta..
sakit abah semakin teruk..asyik terbaring je atas tilam..
n masa ni jugak la abah dah mula tak boleh makan..

beberapa lama lepas tu abah dimasukkan ke hospital,
sakit abah makin teruk, bertambah tambah teruk..
teringat pulak mse pergi melawat abah kt husm..
terlalu sebak rasa hati, tp xsanggup nak nangis depan abah..
so saya mintak izin nga ma nk pegi toilet,
laju menitis air mata ni kt toilet..
dlm hati doa "YA ALLAH, panjangkanlah umur abah kesayanganku" :'(

masa raya haji abah dibenarkan pulang ke rumah.
sempat la kami beraya bersama abah, buat kali terakhir.
tp bukan semua adik beradik yg balik masa raya tu,
hanya ada saya, adik saya 2 orang dan abang saya ashrafi sorg.

ni last kami bergambar bersama abah :')



then kami pulang ke bachok, sbb keadaan abah agak teruk.
abah diminta masuk balik ke husm, sbb keadaannya yg agak merisaukan.
masa tu aishah teman abah n ma kt husm.
saya kt kampung bachok since xdibenarkan menunggu beramai2 kt situ.
mlm tu abah sesak nafas, terpaksa buat pembedahan tebuk leher untuk ruang pernafasan abah on the spot.
aishah mesej kt saya suruh wat smyg hajat, moga semuanya berjalan lancar.
lama saya berdoa untuk abah mlm tu..
alhamdulillah semuanya berjalan lancar..

selama abah berada di husm, kereta nissan sentra abah saya yg bwk..
tiap kali hjg mggu drive kereta abah pegi husm, melawat abah.
keadaan abah berlarutan sampai la saya abis exam.
abah menjalani rawatan radioterapi sepanjang berada kt husm.
lepas tamat rawatan, abah dibenarkan keluar dr wad husm.
tp tiada kata putus drpd doktor pakar yg merawat abah.

ma bertekad nk bawak abah pegi berubat kt KL.
masa tu saya tengah final exam.
ma n abg saya, ashrafi bawak abah pegi shah alam, klinik swasta yg agak terkenal dgn rawatan kanser.

lepas saya abis exam, saya terus bertolak ke shah alam since abah n ma berada di sana.
sampai2 sana dapat berita, kanser abah dah stage 4. sebak xterkata. no words can describe it. :'(




No comments: